Awie kupas gerakan ‘Ayahanda’ dalam filem, bergaul dengan semua masyarakat - Utusan Malaysia

Awie kupas gerakan ‘Ayahanda’ dalam filem, bergaul dengan semua masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bergaul dengan semua lapisan masyarakat menghadirkan ilham kepada pengarah dan penyanyi, Awie, untuk menghasilkan sebuah filem yang menceritakan tentang kumpulan baiah di Malaysia. 

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 55, naskhah Rebel: Berontak Untuk Berontak itu dihasilkan agar masyarakat dapat melihat bahawa persatuan seperti ini bukanlah ahli kongsi gelap seperti yang dicanang. 

“Saya bukanlah nak membetulkan pandangan masyarakat terhadap persatuan, sekadar nak menunjukkan ahli baiah tidak sama dengan kongsi gelap. Persatuan ini ikut Al-Quran dan Sunnah cuma ada segelintir yang buat tahi sehingga mencalarkan imej.

“Saya bercampur dengan semua golongan masyarakat. Ahli-ahlinya boleh sahaja di sekeliling kita seperti jiran sebelah rumah. 

“Gerakan ini sebenarnya lebih bagus dari parti politik yang lain. Mereka lebih memiliki sifat kekeluargaan dan tidak  menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya. 

Mengulas mengenai dakwaan seolah-olah vokalis Wings itu cuba mengangkat nilai buruk dalam persatuan, Awie tidak melatah sebaliknya mengajak peminat menonton filem tersebut sebelum membuat andaian.

“Saya minta tengok dahulu naratif yang diperjuangkan dalam filem ini. Jika mahu komen tapi tidak tengok, ia tidak adil. 

“Tengok dahulu dan betulkan perspektif negatif itu. Kita pun tidak mahu menegakkan benang yang basah tapi kita nak perbaiki apa yang patut. Perkara yang elok itu, kita elokkan lagi,” katanya yang menjalani penggambaran selama 30 hari untuk filem ini.

Naskhah Rebel  turut dijayakan oleh Ben Amir, MK K-Clique dan Shiqin Kamal. Filem ini akan mula menemui penonton pada 2 Mei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya