Anak menangis lihat saya terlantar kesakitan - Lana Nodin - Utusan Malaysia

Anak menangis lihat saya terlantar kesakitan – Lana Nodin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Lana Nodin dilaporkan beransur pulih namun masih tidak mampu berdiri sendiri akibat sakit perut kronik sehingga dikejarkan ke hospital semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Lana berkata, dia masih dalam pemantauan doktor selepas ususnya terkena jangkitan kuman sehingga bengkak yang dipercayai berpunca daripada pemakanan.

“Usus saya masih bengkak sebab selepas tiga hari sakit perut, baru saya datang ke hospital. Saya hanya berbaring sahaja kerana tekanan darah sangat sangat rendah.

“Setakat ini doktor memaklumkan saya perlu ditahan di wad untuk tujuan pemantauan dan rawatan selama dua hari tetapi belum ada kata putus bila boleh keluar.

“Saya tak bolerh berdiri, masih tak kuas sebab dalam perut masih ada sisa jangkitan yang mengakibatkan perut sentiasa kejang dengan tiba-tiba,” ujarnya.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, 44, semalam dikejarkan ke hospital selepas mengadu mengalami kesakitan perut yang terlampau.

Pengurusnya dalam satu kenyataan berkata, Lana menghubunginya dan meraung kesakitan kerana sakit perut luar biasa yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Dalam pada itu, pelakon itu ketika ini dijaga oleh suami dan anak-anak yang sentiasa bersamanya di hospital.

“Anak-anak dan suami ada bersama saya. Anak-anak bila nampak saya terlantar dengan raut wajah kesakitan, menangis-nangis mereka.

“Saya mohon doa daripada semua ya supaya Allah angkat kesakitan ini secepatnya. Terima kasih atas keprihatinan dan doa anda semua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya