KANGAR : Anak Menteri Besar yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Turut dibebaskan pegawai kanan pejabat Menteri Besar dan tiga lagi suspek lain dalam kes berkenaan. Peguam mereka, Mohd. Fadhly Yaakob berkata, kesemua lima suspek dilepas secara berperingkat sejak pukul 11 pagi. “Semalam seorang anak guam saya telah dilepaskan dari tahanan reman manakala hari…