Aktivis minta Anwar disiasat `beli’ ahli parlimen pembangkang, gagal kendali negara

Aktivis minta Anwar disiasat `beli’ ahli parlimen pembangkang, gagal kendali negara

BADRUL HISHAM SHAHARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal mengendali negara sehingga rakyat tertekan dan dizalimi dengan kenaikan kos kehidupan seperti menggila.

Aktivis pembangkang, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan sebenarnya tidak berminat menyelesaikan masalah rakyat.

Sebaliknya, dakwa Badrul Hisham, Anwar menggunakan kedudukan dalam kerajaan sebagai peluang menyambung karier politiknya.

Dakwa beliau, Anwar juga didakwa telah mempergunakan peruntukan ahli parlimen bagi “membeli” wakil rakyat pembangkang.

“Sebagai contoh, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi membuat hantaran mengecam kepimpinan Anwar pada 24 Mac lalu selain mengeluh tiada peruntukan.

“Namun, hanya 13 hari selepas itu, dia (Zulkafperi) sokong Anwar secara terbuka dengan alasan bodoh iaitu Perdana Menteri berjaya terajui negara dengan mengendalikan ekonomi secara baik kerana telah memberikan dia peruntukan sebagai ahli parlimen,” katanya ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Terdahulu, Badrul Hisham bersama beberapa individu hadir di IPD Dang Wangi bagi membuat laporan polis menggesa supaya siasatan dijalankan terhadap Anwar.

Dakwa Badrul Hisham, dalam kes beralih sokongan jelas berlaku rasuah antara Anwar dan enam ahli parlimen yang menyatakan sokongan kepadanya.

Dia mendakwa, kesalahan ke atas Anwar boleh dilakukan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan Akta 694 yang mana berlaku salah guna jawatan atau kedudukan untuk suapan bagi mendorong dan melakukan sesuatu perbuatan.

“Sehingga kini Anwar masih gagal malah mengelak untuk menjelaskan siapa Hasnan, Datuk Azman dan Datuk Rahim yang diperkenalkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang menawarkan jutaan ringgit.

“Anwar juga jelas menggunakan habuan jawatan melantik mereka yang tidak layak. Ini jelas berlaku di mana Anwar telah melantik Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),”jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN