Akaun 3 KWSP: Reaksi berbeza daripada pencarum

Akaun 3 KWSP: Reaksi berbeza daripada pencarum

Pencarum yang layak boleh mula pindahkan duit dari Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel mulai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebenaran untuk mengeluarkan simpa­nan daripada Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan pencarum.

Reaksi netizen dalam ruangan komen di media sosial memperlihatkan ada yang me­nyokong kemudahan ter­sebut dan tidak kurang sebaliknya.

Bagi yang menyokong, me­reka melahirkan rasa syukur kerana dapat mengunakan se­dikit wang itu untuk keguna­an sendiri.

“Alhamdulillah, ada juga harapan,” kata anisha_saali.

“Hmmm, baru ada sinar, bila boleh buat pengeluaran?” kata ahmedtaufeq.

“Terbaik. Dapat juga RM2,000, RM3,000,” kata Mohamad Fazli.

KWSP semalam mengumumkan kebenaran pengeluaran se­rendah RM50 pada bila-bila ma­sa daripada Akaun Fleksibel (Akaun 3) menerusi penstrukturan semula akaun berkuat kuasa 11 Mei.

Selepas tarikh berkenaan, akaun semua ahli KWSP di ba­wah umur 55 tahun akan di­struktur semula daripada dua kepada tiga akaun meliputi Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti bagi keperluan kewangan jangka pendek.

Bagi yang tidak bersetuju pula khususnya yang bekerja sendiri, kemudahan tersebut tidak membawa apa-apa makna kepada golongan seperti mereka.

“Patutnya Akaun 1 dikeluarkan 10 peratus ke Akaun 3 sebab ramai sudah habiskan Akaun 2 semasa pandemik Covid-19. Ramai yang bekerja sendiri dan tiada potongan KWSP. Kenapa nak senangkan hanya orang yang bekerja dengan kerajaan dan swasta, macam mana yang kerja sendiri?” kata Floriska Francis.

“Kasihan pencarum yang menuntut pengeluaran KWSP bersasar, tapi ini pula balasannya,” kata Jeli Jadam.

“Sejak bila pencarum bagi kuasa atau cadangan kepa­da KWSP untuk mengada-ngadakan Akaun 3 ini? Boleh tunjuk statistik berapa ramai yang bagi cadangan? Jangan se­nang-senang saja nak laksa­nakan sesuatu ikut suka hati tahu,” kata Sunny Sun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN