RAMAI yang tidak setuju apabila pemimpin politik dilantik mengetuai agensi kerajaan atau menjadi sebahagian daripada lembaga pengarah sesebuah syarikat milik kerajaan.
Ini kerana pelbagai isu integriti telah timbul yang melibatkan orang politik dalam agensi terlibat, termasuk ada yang didakwa terbabit dengan salah laku dan penyelewengan dana awam.
Sama ada mereka yang terlibat benar-benar melakukannya atau terbukti bersalah melakukan kesalahan seperti didakwa, biarlah mahkamah menentukannya.
Ada baiknya juga orang politik tidak berada dalam agensi tertentu yang agak kritikal operasinya kerana tidak semua mereka layak untuk memegang jawatan berkenaan.
Sesetengah agensi itu memerlukan kepakaran tertentu seperti penguasaan dalam bidang ekonomi, korporat, undang-undang, perubatan dan kejuruteraan. Biarlah mereka yang pakar dalam bidang berkenaan menguruskannya.
Perkara itu memang disedari oleh parti politik dan kerana mahu melayan desakan pihak berkenaan, mereka berjanji dalam kempen pilihan raya untuk tidak melantik orang politik memegang jawatan dalam agensi kerajaan.
Tetapi akhirnya janji itu hanya tinggal janji. Ini kerana mahu membalas jasa atas kerja-kerja politik yang dilakukan, orang berkenaan dilantik ke jawatan tertentu dalam agensi atau syarikat milik kerajaan.
Tidak ada salah pun pelantikan itu dari segi undang-undang, tetapi biarlah ia bersesuaian dengan kemampuan mereka.
Pelantikan itu sebagai terjemahan terhadap konsep parti menguasai kerajaan, terutama apabila parti menang dalam pilihan raya.
Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan pelantikan orang politik tersebut, konsep parti menguasai kerajaan itu ada pentingnya kepada rakyat.
Lihatlah dalam Kongres PKR, Muktamar Pas baru-baru ini dan Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir kelmarin.
Banyak isu rakyat dibangkitkan oleh perwakilan kepada pucuk pimpinan parti untuk diselesaikan.
Namun, kenapa isu-isu itu perlu dibawa ke dalam parti? Tidak bolehkah isu-isu berkenaan diselesaikan sahaja di peringkat agensi kerajaan? Kenapa perlu dilibatkan orang politik dalam penyelesaian masalah itu? Apakah agensi berkenaan kurang berkesan dalam menyelesaikan masalah tersebut?
Sebab itulah ada kalanya konsep parti menguasai kerajaan menjadi penting kerana iltizam dan pendekatannya berbeza.
Selain isu-isu besar tentang perjuangan parti, masalah biasa rakyat juga mendapat perhatian dalam perhimpunan politik.
Ketika Kongres PKR, antara perkara yang dibangkitkan adalah isu kuota subsidi petrol RON95 (BUDI95) yang perlu dinaikkan semula daripada 200 liter sebulan kepada 300 liter sebulan.
Dalam Muktamar Pas juga dibangkitkan pelbagai isu rakyat, termasuk pembinaan kuil haram, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO dibangkitkan rungutan pelajar universiti dari Sabah dan Sarawak mengenai harga tiket kapal terbang yang mahal.
Semua masalah itu akhirnya dibawa kepada mesyuarat parti untuk diselesaikan oleh orang politik. Keputusan mereka penting kerana merekalah yang menguasai kerajaan. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Apabila parti politik menguasai kerajaan

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved