ROSYAM Nor, satu nama yang cukup proli k dalam industri seni lakon kita. Sehingga kini, sukar untuk kita mena kan apatah lagi meragukan kemampuan aktor hebat itu. Biar berbaris pelakon baharu, Rosyam tetap ada tempatnya.
Namun selepas hampir tiga dekad dalam industri seni, mungkin ada yang tertanya-tanya apa lagi yang mahu dikejar oleh aktor itu? Adakah watak-watak tertentu yang masih dia idamkan, mahukan?
Jawablah mencuri masa pelakon Memoir Seorang Guru ini untuk berkongsi perihal watak dan kerjaya seni. Adakah penonton lem kita bersedia menerima naskhah yang ‘berjiwa’ berbeza? Rosyam, Jawablah
BUKAN soalan luar biasa, tetapi sehingga kini abang masih menerima tawaran sebagai hero sesebuah naskhah tidak kira drama atau lem. Biarpun kebanjiran pelakon baharu, abang tetap nombor satu. Macam mana kekalkan relevan itu?
Soalan pembuka sangat. Saya bersyukur sangat di usia 57 tahun ini tetap ada yang beri peranan utama. Itu yang saya minta dari awal karier dahulu. Semoga pendatang baharu ambil ini sebagai contoh. Bukan saya sahaja, ramai juga pelakon yang sehingga kini masih relevan. Lihat contoh budaya bekerja. Tetapi bila kita pegang peranan utama, besar tanggungjawab itu terutama di usia ini. Kalau saya gagal, gagallah filem itu. Sebab itu, bila mahu terima watak atau tawaran, saya perlu lihat dari pelbagai sudut.
Apa kriteria utama untuk abang menerima tawaran? Bayaran? Skrip? Pengarah atau ‘kekuatan’ watak itu sendiri?
Sebagai pelakon berpengalaman, saya rasa produser sudah tahu apa yang saya mahu sebelum menawarkan watak itu. Tetapi saya bukan jenis yang memilih kecuali watak yang saya tak mampu jayakan. Saya takkan ambil watak yang saya tak mampu buat. Contohnya, menyanyi, menari. Saya tidak boleh. Saya pernah sahaja dapat tawaran dari sebuah produksi, memerlukan saya untuk menyanyi dan menari. Pada mulanya, saya terima. Tetapi bila fikir semula dan melihat semula kemampuan diri, lebih baik saya tidak memaksa diri sendiri. Buat apa yang saya tahu dan mampu.
Ada watak selain menyanyi dan menari, yang mungkin abang tidak akan terima?
Saya terima apa sahaja watak, kecuali perenang dan penari. Saya tak akan ambil. Abang bakal tampil dengan filem Memoir Seorang Guru. Adakah ini kali pertama abang membawa watak itu? Selepas lebih dua dekad dalam industri seni? Ya, bila kir balik ini kali pertama saya bawa watak guru. Watak guru ini bagi saya besar tanggungjawabnya. Kita semua ada guru. Saya sendiri seorang ‘guru’ kepada keluarga, anak-anak. Bila diberi watak itu, saya rasa rugi jika tolak. Saya kalau boleh selepas ini saya nak orang panggil saya cikgu disebabkan filem itu.
Ada yang mungkin menyamakan Memoir Seorang Guru dengan FIlem Indonesia, Laskar Pelangi? Atau adakah penonton kita bersedia dengan naskhah sebegini?
Kejayaan sesebuah naskhah itu bergantung kepada penerimaan penonton juga. Di sana ada lebih 200 juta rakyat. Secara peribadi, barisan pelakon sudah cantik, skrip dan pengarah juga sudah baik. Bergantung kepada penerimaan.










