6,034 guru baharu lantikan kontrak ditempatkan di sekolah

6,034 guru baharu lantikan kontrak ditempatkan di sekolah

KPM kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) ditempatkan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seluruh negara bermula 15 April lalu.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, seramai 1,858 calon daripada keseluruhan jumlah guru itu ditempatkan di sekolah menengah, manakala seramai 4,176 lagi di sekolah rendah.

Jelasnya, penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

“KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara.

“KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi,” katanya hari ini.

KPM pada masa sama berkata, pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan Madani untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN