50 mayat penduduk Palestin ditemukan di Khan Younis

50 mayat penduduk Palestin ditemukan di Khan Younis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Perkhidmatan kecemasan menemukan 50 mayat rakyat Palestin dari lokasi perkuburan besar di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, dua minggu selepas tentera Israel berundur dari kawasan itu. 

Lapor Al Jazeera, seorang wanita hamil dan enam kanak-kanak adalah antara lapan rakyat Palestin yang terbunuh dalam gelombang serangan israel terhadap Rafah, bandar paling selatan di Gaza. 

Doktor berjaya menyelamatkan bayi dalam kandungan wanita itu. 

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan tentera Israel membunuh 14 rakyat Palestin semasa serbuan di kem pelarian Nur Shams.

Dalam pada itu, dua rakyat Palestin mengalami kecederaan di Beit Einun, utara Hebron, lapor Israeli Army Radio. 

Tentera Israel mengesahkan insiden tembakan di lokasi kejadian menerusi platform media sosial, X. 

Video yang dikongsikan dalam media sosial selepas disahkan Al Jazeera menunjukkan seorang individu bersembunyi di sebalik penghadang konkrit ketika tembakan dilepaskan dari jauh, sebelum mangsa hilang daripada pandangan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya