Serangan Rafah: Mayat kanak-kanak tanpa kepala ditemukan

Serangan Rafah: Mayat kanak-kanak tanpa kepala ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Sebuah klip video berdurasi 11 saat tular menunjukkan seorang lelaki memegang mayat kanak-kanak tanpa kepala selepas menjadi mangsa pengeboman di kem pelarian Tal as-Sultan, Rafah, awal pagi semalam.

Siri kekejaman terbaru oleh tentera Israel itu turut menyebabkan 40 mangsa lain yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak terkorban.

Malah, ada mangsa yang tidak dapat diselamatkan akibat rentung dalam kebakaran yang tercetus di kem pelarian itu.

Kem pelarian yang diisytiharkan sebagai zon selamat di Rafah oleh rejim Zionis sebenarnya hanyalah satu perangkap dan muslihat untuk menghalalkan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin.

Serangan di kem pelarian Tal as-Sultan dilancarkan dalam tempoh 24 jam selepas tentera Israel mengebom khemah pelarian di Jabalia, Nuseirat dan bandar Gaza sehingga menyebabkan 160 orang maut.

Tentera Israel mengesahkan serangan itu dengan alasan menyasarkan pejuang Hamas menggunakan ‘senjata tepat’.

Rejim Zionis turut mengaku serangan itu menyebabkan orang awam cedera akibat kebakaran.

Sejak serangan tentera Israel tercetus 7 Oktober lalu, seramai 35,984 rakyat Palestin terbunuh dan 80,643 cedera. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya