Hanya 10 minit dibenarkan beribadah di Raudah - Utusan Malaysia

Hanya 10 minit dibenarkan beribadah di Raudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Jemaah yang melawat kawasan Al-Raudah Al-Sharifah (Taman Yang Mulia) di Masjid Nabawi di Madinah, hanya dibenarkan beribadah selama 10 minit sahaja pada satu-satu masa.

Lapor Saudi Gazette, permit untuk melawat kawasan yang dikenali sebagai taman syurga itu hanya akan dikeluarkan sekali sahaja untuk setiap jemaah dalam masa setahun.

Arahan dan garis panduan itu antara yang dikeluarkan oleh Penguasa Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Pihak berkuasa menekankan jika seseorang pemegang permit tidak berupaya memanfaatkan permit untuk melawat Raudah pada masa yang sudah ditempah, mereka mesti membatalkannya terlebih awal supaya orang lain berpeluang membuat tempahan.

Sekiranya permit tidak dibatalkan, pemegang permit tersebut hanya boleh membuat tempahan bagi lawatan seterusnya selepas setahun berlalu.

Jemaah diarahkan supaya tiba 15 minit sebelum waktu lawatan yang diperuntukkan.

Arahan menunjukkan kod palang yang diterima untuk memasuki Raudah hanya boleh digunakan sekali sahaja semasa slot yang ditempah dan mesti ditunjukkan kepada pegawai di pintu masuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya