5 juara kebangsaan PNAGS 2024 bakal mewakili negara di WAGC

Lima juara kebangsaan PNAGS 2024 bakal mewakili negara di WAGC

PARA pemenang dalam pusingan Wilayah Persekutuan bergambar bersama hadiah masing-masing di Mines Resort & Country Club pada 29 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima juara kebangsaan Siri Golf Nasional Perodua (PNAGS) bakal mewakili negara dalam World Amateur Golfers Championship (WAGC) di Laguna Phuket, Thailand pada akhir Oktober ini.

Pengerusi Penganjur PNAGS, Lokman Ishak berkata, Siri Kejohanan Amateur Golf Perodua merupakan satu-satunya pertandingan golf di Malaysia yang memberikan peluang kepada pemain amatur golf tempatan mengasah bakat dalam menghadapi cabaran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

PARA pemenang bergambar selepas masing-masing muncul juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada pusingan di Selangor.

Katanya, pemenang di kelayakan negeri memperoleh hak untuk mewakili negeri masing-masing di Pusingan Akhir Kebangsaan PNAGS di Forest City Golf Resort, Johor pada 9 dan 10 September tahun ini.

“Lima juara kebangsaan bagi handicap kategori tersebut akan mewakili negara di WAGC World Final yang berlangsung di Laguna Phuket, Thailand.

“Semua penyertaan pemain negara akan ditanggung oleh pihak Delta World selaku penganjur kejohanan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Siri Golf Nasional Perodua (PNAGS) 2024 bakal kembali semula bersaing pada bulan April ini dengan pusingan kelayakan negeri Johor yang dijadualkan berlangsung di Palm Resort Golf & Country Club dan Melaka di Ayer Keroh Golf & Country Club.

Sebelum ini, pusingan kelayakan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan yang dianjurkan sebelum bulan Ramadan telah mencatatkan rekod penyertaan dengan 116 lebih pemain dalam setiap saingan.

Pada Pusingan Wilayah Persekutuan menyaksikan Ahmad Sharul Anuar Shafie (Hcp 5) muncul juara dalam Kategori A dalam format strokeplay dengan pukulan 67 nett.

Lam Kong Foo (Hcp 1) di tempat kedua dengan 68 nett manakala pemain hcp 5, Mohd. Firdaus Ahmad menduduki tempat ketiga dengan pukulan 68 nett, tewas melalui kiraan OCB ketika beraksi di Mines Resort & Country Club pada 29 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN