GEORGE TOWN : Empat buah kereta hampir musnah dalam satu kebakaran di Mutiara Idaman di Jelutong di sini kira-kira pukul 3.50 petang tadi. Ketika kejadian, kesemua kenderaan tersebut diletakkan bersebelahan di kawasan parkir berhampiran pangsapuri tersebut. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan. “Tiga daripada empat buah kereta itu iaitu sebuah Perodua Kancil, Honda Accord dan Perodua Myvi…