3 mangsa terpaksa bergelut, curi bot menuju ke Thailand

3 mangsa terpaksa bergelut, curi bot menuju ke Thailand

AZIRUL SYAFIQ SAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tindakan berani tiga warga Malaysia yang nekad melarikan diri daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar menyaksikan mereka melalui ‘drama’ cukup perit.

Perkara tersebut diceritakan aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Syafiq Sazali yang membantu misi menyelamatkan mereka terbabit.

“Tiga mangsa jenayah penipuan pekerjaan ini terpaksa lari ‘sehelai sepinggang’ dengan hanya memakai baju T dan seluar pendek,” katanya ketika ditemui pemberita awal pagi tadi.

Mereka yang sepatutnya telah tiba di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat semalam, namun dijangka kembali dalam masa beberapa hari lagi.

Mengulas lanjut, Azirul Syafiq berkata, tiga mangsa itu adalah lelaki dengan paling muda berusia 21 tahun dari Miri, Sarawak selain ada yang berumur 22 tahun dari Jasin, Melaka.

“Mangsa tertua pula berusia 38 tahun dari Johor dan dia paling lama dikerah bekerja di sana sejak dua tahun lepas manakala yang dua lagi itu pula kurang setahun,” tambahnya.

Hasrat mereka itu, ujarnya, untuk cuba melepaskan diri sudah dirancang setelah berjaya menghubungi dirinya lebih lima minggu lalu yang kemudian terus bergegas ke Thailand.

Mujur syarikat tempat mereka bertugas itu yang dikenali sebagai Yatai, tidak begitu ketat tahap kawalan keselamatannya dan terletak di atas sebuah bukit berdekatan Myawaddy.

Setelah bolos, mereka berlari ke sungai di perbatasan dan mencuri sebuah bot kecil bagi menyeberang sempadan antara dua negara tersebut kerana tidak mahir untuk berenang.

Walau bagaimanapun jelas Azirul Syafiq, mangsa terpaksa bergelut pula dengan lima ejen syarikat itu dalam kalangan warga Myanmar yang kebetulannya dapat mengesan mereka.

“Tali barut sindiket yang tinggal di Thailand itu namun tewas dan berundur manakala tiga mangsa ini pula teruk mengalami kecederaan di badan serta ditemui keletihan,” katanya.

Mereka kemudiannya diselamatkan wakil MHO di negara berkenaan tanpa bantuan askar negara itu kerana dibimbangi boleh ditahan atas isu kesalahan jenayah curi perahu orang.

Berdasarkan ‘persefahaman’ dengan pihak tentera Thailand ujar beliau, rakyat Malaysia yang lari dari kumpulan penjenayah Myanmar cuma perlu berenang merentasi sempadan.

Mereka tidak akan didakwa sebagai pendatang asing tanpa izin kerana memang sebelum itu memasuki Thailand secara legal dengan pasport sah sebelum diseludup ke Myanmar.

Justeru kata Azirul Syafiq, kes mereka diuruskan terus oleh pihak imigresen Thailand tanpa ada laporan polis dibuat seperti kelazimannya kerana tiada saksi daripada wakil tentera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya