KUALA LUMPUR: Malaysia menerima pelaburan daripada 25 entiti yang terlibat dalam persekitaran syarikat pemula.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan itu memberi peluang sebenar kepada negara untuk mencipta usaha niaga teknologi termaju.
“Pelaburan hari ini termasuk dana kekayaan negara seperti Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan Blue Chip Venture Capital yang akan melabur sehingga RM3 bilion dalam ekosistem Asia Tenggara dan Malaysia di bawah Inisiatif Pelaburan ASEAN,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak KL20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Selain itu, Anwar mengumumkan penubuhan pejabat dan dana baharu di ibu negara melibatkan 12 firma antarabangsa yang canggih dengan aset di bawah saiz pengurusan melebihi berbilion ringgit serta rekod prestasi pelaburan yang cemerlang.
Seterusnya, syarikat berteknologi tinggi, yang akan menyediakan operasi mereka, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ibu pejabat serantau untuk pasaran Asia dan Asia Tenggara.
Malah, ia turut melibatkan kerjasama bandar bagi mempercepatkan serta meningkatkan kesalinghubungan dan mobiliti. – UTUSAN










