KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Khamis ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai pencelah berkaitan perintah tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu memohon sebagai pencelah supaya dibenarkan mahkamah memfailkan afidavit bagi membetulkan dakwaan kesilapan fakta afidavit dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong permohonan semakan kehakiman oleh Najib. Peguam Najib, Muhammad Farhan…