Zul Ariffin kahwin hujung tahun, rahsiakan bakal isteri - Utusan Malaysia

Zul Ariffin kahwin hujung tahun, rahsiakan bakal isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Zul Ariffin sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan yang dirancang akhir tahun ini.

Jelas Zul, dia enggan berlengah memandangkan perancangannya mendirikan rumah tangga sebelum ini pernah ditangguhkan akibat Covid-19.

“Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu. Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, insya-Allah.

“Saya tidak mahu cakap kosong saja, tapi cuba realisasikan tahun ini sebab tidak mahu tangguh lama-lama,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-31 itu merasakan akhir tahun adalah masa yang tepat memandangkan dia perlu melakukan promosi untuk filem baharunya, Sheriff.

“Buat masa ini saya difahamkan semua pelakon Sheriff akan mengikuti jadual promosi memandangkan filem itu bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun ini.

“Jadi perancangan berkahwin pada Jun memang tak sempat, ikutkan mungkin akhir tahun macam orang selalu buat.

“Saya tiada persediaan khusus, sebaliknya hanya perbetulkan diri dalam menjadi seorang insan lebih sempurna berbanding sebelum ini,” jelasnya.

Ditanya mengenai identiti bakal isteri, pelakon Sangkar itu bagaimanapun hanya berdiam diri dan bakal mengumumkannya di majlis pernikahan nanti.

“Tak boleh nak kongsikan siapa dia, macam keterlaluan pula kalau perkenalkan sekarang,” ujarnya.

Sebelum ini pernah tular Zul menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada seorang wanita yang juga penerbit, Gayatri Su-Lin.

Menurutnya, pemberian itu adalah tanda sayang dan penghargaan kepada hubungan baik mereka yang berusia 10 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN