CYBERJAYA: Telekom Malaysia Bhd (TM) menerusi segmen Unifi Business melancarkan produk perniagaan digital terbaharunya, e-Farmasi iaitu aplikasi mudah alih yang membolehkan e-preskripsi melalui telekonsultasi untuk ahli farmasi dan pesakit. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, penyelesaian itu disediakan dengan kerjasama platform teleperubatan terkemuka di Malaysia, Teleme Technologies. Beliau berkata, produk itu diharap dapat memanfaatkan rangkaian TM dan kira-kira 600 perunding Unifi Business di seluruh negara. “e-Farmasi bertujuan…










