Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) baru-baru ini menganjurkan Kempen Kesedaran Keselamatan menerusi karnival mini di Kawasan Rehat & Rawat (RSA) Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie di Shah Alam, Selangor. Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan dan lebuh raya dalam kalangan masyarakat. Ia selari dengan komitmen berterusan syarikat tersebut bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan kemudahan pengguna lebuh raya terpelihara. Karnival…