Tiga polis selamatkan dua beranak terperangkap dalam kebakaran

Tiga polis selamatkan dua beranak terperangkap dalam kebakaran

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua beranak diselamatkan tiga anggota polis yang memecah pintu dan membawa mereka keluar dari sebuah unit kondominium  yang terbakar di Wangsa Maju dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, seorang lelaki berusia 31 tahun dan anak perempuannya berusia tiga tahun terperangkap di dalam satu unit kondominium di situ  selepas kotak fius elektrik di rumah itu meletup dan  terbakar.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah  berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengadu yang memaklumkan suami dan anaknya terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka.

Menurut beliau, susulan itu, pihaknya menghantar tiga anggota polis  ke kondominium berkenaan.

“Tiga anggota berkenaan naik ke tingkat 19 melalui tangga kerana sistem bekalan elektrik terputus sebelum mereka memecahkan pintu kediaman dan menyelamatkan dua beranak terbabit,” katanya di sini.

Ashari berkata, beliau kagum dengan usaha ketiga-tiga anggotanya yang mengambil tindakan nekad menyelamatkan dua penghuni kediaman yang terperangkap itu.

Terdahulu, tular dalam media sosial mengenai tindakan pantas tiga anggota polis memecah pintu hadapan sebuah unit Kondominium Sinaran Wangsa Residensi di  Wangsa Maju yang sedang terbakar.

Ketiga-tiga anggota terlibat ialah  Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel. Mereka  dari Balai Polis Wangsa Maju yang terletak kira-kira 20 meter dari lokasi kebakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN