Thalia Baiduri tak pernah berdendam dengan bapa - Utusan Malaysia

Thalia Baiduri tak pernah berdendam dengan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri, menyifatkan pertemuannya dengan  bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidupnya dan keluarga.

Menurut Thalia, rezeki tidak terduga itu menjadikan dirinya  mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.

“Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.

“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Thalia, pertemuan dengan bapanya pada Januari lalu ditemani adik Dayana telah dikongsi di laman TikTok miliknya dan mendapat respon baik daripada pengikutnya.

Akui Thalia, beliau tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku dan meskipun terpisah lebih 30 tahun sebaliknya menganggap ia takdir yang tertulis.

Wanita ini melahirkan rasa syukur kerana masih diberi peluang berjumpa dengan figura seorang bapa di saat masing-masing masih bernyawa.

“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.

“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk dan fesyen jenama Talia.

Netizen turut bersetuju dengan Thalia dan memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.

Antara komen mereka termasuk bersetuju setiap yang berlaku pasti beserta hikmah tersembunyi.

“Ustaz cakap mak ayah tak pernah salah walaupun buruk macam mana! Nangis weh dengar,” kata Rawrr.

Mydinda pula menyifatkan Thalia seorang kakak sulung contoh terbaik dan memuji tindakan buang yang keruh ambil yang jernih.

“Terbaik datin, suka hati baik datin,” katanya memuji kakak kepada Madammu itu.

Bercerita lanjut, Thalia mengakui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.

Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak ini berkata, walau sibuk jangan abaikan ibu bapa sementara mereka masih ada.

“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya