Tema 'ala orang Mexico' tampil keunikan di majlis apresiasi perkhidmatan - Utusan Malaysia

Tema ‘ala orang Mexico’ tampil keunikan di majlis apresiasi perkhidmatan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tahun 2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi Perkhidmatan Terpilih Dan Keterampilan Jabatan Dan Agensi Bersama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)  2023 di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Berangkat sama ke majlis bertemakan pakaian ‘ala orang Mexico’ itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap yang Dipertua MAIPs berkenan mengurniakan Anugerah Perkhidmatan Terpilih bagi MAIPs kepada Suhaimi Nordin dan Ahmad Shafiq Ahmad Mustafa Khalili, dari JAIPs, Muhammad Hafeez Abu Seman, Mohammad Isyraf Ishak dan Azrul Shahid Ahmad serta Jabatan Mufti Negeri Perlis kepada Shahril Mohd Shukri.

Penerima dari JKSNPs pula adalah Yusof Abd Manaf, Mohd Irwan Ismail dan Mohd Faisol Midoad Zakaria.

Manakala dari Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis pula adalah Ismail Hashim.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen pula berkenan menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Terpilih MAIPs kepada Halina Abd Wahid dan Nor Fartima Mohd Noor, dari Jabatan Mufti Negeri Perlis, Nor Faezah Hassan dan Siti Sarah Saidin, serta Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Faizah Ahmad serta Maziah Mansor.

Turut berlangsung sama adalah Penyampaian Anugerah Keterampilan MAIPs, JAIPs, Jabatan Mufti Negeri Perlis, JKSNPs dan juga Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis yang melibatkan seramai 20 penerima yang disampaikan oleh ketua jabatan masing-masing.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, sebagai Muslim, penganutnya diwajibkan memegang amanah menurut ‘Maqasid Syariah’ dengan baik dan mengambil tanggungjawab dengan adil.

Titah baginda, dunia pekerjaan mengajarkan setiap insan untuk berlaku jujur, bertanggungjawab, dan mematuhi prinsip etika dalam tindakan.

Baginda bertitah, pekerjaan merupakan satu bentuk ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.

“Ketahuilah bahawa setiap pekerja merupakan pemegang amanah yang cukup besar, jadi individu perlu tahu mengapa memilih kerjaya tertentu, dan apa yang dipertanggungjawabkan oleh organisasi untuk memegang jawatan masing-masing.

“Tanpa mengira pangkat, laksanakanlah yang terbaik mengikut apa yang termaktub dalam al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar jawatan dan gaji, tetapi Amanah.

“Buatlah kerana Allah SWT dan ketahuilah bahawa Allah SWT sentiasa Melihat dan menyayangi mereka yang benar-benar ikhlas,” titah baginda.

Majlis ini telah dianjurkan oleh MAIPs bersama-sama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) dan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Terpilih (APT) Dan Anugerah Keterampilan Agensi Di Bawah MAIPs Bagi Tahun 2023 dengan harapan agar prestasi cemerlang, usaha dan komitmen padu para penerima bagi mengekalkan momentum penghasilan kerja yang bermutu, berkualiti, produktif dan progresif serta berterusan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya