KUALA KRAI: Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Skuad Perantau menawarkan perkhidmatan trak tunda percuma pada 8 dan 9 April kepada anak-anak Kelantan di perantauan yang mengalami kerosakan kenderaan semasa pulang menyambut Aidilfitri. Perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh Skuad Perantau itu bermula dari simpang Sungai Sam di sini sehingga ke Kota Bharu. Pengerusinya, Mohd. Zafran Yassin, 43, berkata, langkah itu merupakan khidmat sosial pengendali perkhidmatan tersebut dalam membantu…










