Tak pernah periksa telefon, Alyah percaya Tok Ram - Utusan Malaysia

Tak pernah periksa telefon, Alyah percaya Tok Ram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau kita kawal suami pun, jika tiba-tiba berlaku apa apa, tetap akan berlaku.

Demikian jawapan penyanyi bersuara emas, Datin Alyah ketika ditanya adakah dia pernah memeriksa telefon suaminya, Datuk Ram;i MS selama sedekad mendirikan rumah tangga.

Jelas Alyah, dia menaruh sepenuh kepercayaan terhadap suaminya dan berdoa akan kebahagiaannya akan sentiasa terpihara selain menyerahkan soal keharmonian rumah tangga kepada Tuhan

“Saya tak boleh jangka apa akan jadi pada masa depan, jadi saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Sudah sedekad melayari bahtera perkahwinan, sudah pasti itu mematangkan kita.

“Kalau suami keluar atau saya pergi kerja, selalunya saya amalkan baca al-Fatihah serta ayat Kursi untuk diri sendiri, itu saja.

“Sejujurnya, saya tak pernah buka telefon suami. Tak terfikir pun nak periksa sebab saya sudah bulat hati serahkan semua kepada-Nya,” katanya,

Penyanyi Kisah Hati itu ditemui selepas pelancaran produk Twomee Health Beauty yang turut melantik dia sebagai duta produk kosmetik dan penjagaan watak tersebut.

Tambah pemilik nama penuh, Noor Hasliah Abu Hasan itu, dia bukan seorang isteri yang suka mengawal suami dan kini berasa lebih tenang selepas 10 tahun berkahwin berbanding fasa awal berumah tanga.

“Pengalaman sebenarnya yang menjadikan kita semakin matang. Betul kata orang, dugaan awal perkahwinan lebih kuat.

“Alhamdulillah, kehidupan kami sekarang semakin tenang. Tiada apa lagi pun nak dikejar,” kongsinya.

Bercakap tentang pelantikan sebagai duta Twomee, Alyah akan berkongsi rahsia penjagaan wajah dan penampilan diri kepada peminat selari dengan matlamat jenama produk tempatan itu yang mahu semua wanita tampil anggun dan berkarisma.

“Alhamdulillah, saya cukup bertuah dikurniakan rezeki berterusan terutama meraih kepercayaan Twomee yang bertepatan imej penggiat seni untuk sentiasa tampil anggun, menarik dan ada aura di hadapan peminat.

“Saya akan terlibat dengan kerja promosi selain sama-sama menyertai kempen amal sempena Ramadan. Itu tugas saya sebagai duta Twomee lah.

“Sebelumbersetuju tawaran itu pun, saya sudah cuba sendiri produk Twomee Health Beauty yang sesuai untuk wanita dan lelaki beberapa bulan lalu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN