Tak perlu ‘gam’ - Fahmi Fadzil - Utusan Malaysia

Tak perlu ‘gam’ – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menolak cadangan senarai hitam sebagai langkah memberi kesedaran kepada artis-artis bermasalah dan terbabit kontroversi .

Kata Fahmi, pendekatan demikian tidak sesuai diguna pakai pada zaman kini dimana artis tidak lagi sekadar bergantung kepada stesen televisyen dan syarikat produksi.

“Artis kita majoritinya tidak bermasalah. Tapi disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Saya harap rakan-rakan artis boleh nasihatkan rakan-rakan artis yang lain.

“Tak perlu sampai tahap kita ‘gam’. Pendekatan itu sesuai dibuat era 80-an, 90-an. Kena cari jalan lebih murni sesuai zaman sekarang,” katanya.

Fahmi ditemui semasa Majlis Iftar Ramadan Sempena Hari Seniman 2024.

Dalam pada itu, Fahmi juga berharap golongan selebriti faham tanggungjawab mereka sebagai golongan berpengaruh kepada masyarakat.

“Pihak kementerian cakna dengan beberapa kontroversi membabitkan artis baru-baru ini.

“Kita tak boleh nafikan, artis adalah pempengaruh kepada masyarakat.

“Dan harus diingat, masalah disiplin melampau akan memberi kesan kepada periuk nasi mereka,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN