Surau Elmina kumpul dana pembangunan tambahan

Surau Elmina kumpul dana pembangunan tambahan

AMER SHAKIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keselesaan jemaah menunaikan ibadah solat menjadi fokus utama Jawatankuasa Surau Elmina Gardens (SEG) melaksanakan pembangunan tambahan surau tersebut.

Bagi memastikan pembangunan tersebut menjadi kenyataan usaha mengumpul dana telah digerakkan oleh pihak pentadbiran Surau Elmina.

Menurut Pengerusinya, Prof. Dr. Amer Shakir, kos pembinaan bangunan tambahan tersebut adalah RM380,000 untuk fasa pertama.

“Setakat ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM136,771.25 meliputi sumbangan daripada pelbagai pihak dan peruntukan daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

“Oleh kerana jumlah tersebut jauh daripada mencukupi untuk fasa satu ini, pihak kami memutuskan untuk mengumpul dana dengan mengadakan ‘Car Boot Sales’ baru-baru ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Amir berkata, program Car Boot Sales itu adalah julung-julung kali diadakan di surau tersebut melibatkan pelbagai acara turut diselitkan bagi memeriahkan suasana.

Katanya lagi, sebanyak 26 tapak disediakan untuk peniaga pada program tersebut selain pelbagai jenis barangan, makanan dan minuman dijual bagi mengumpul dana demi menyiapkan kemudahan untuk umat Islam di kawasan ini.

“Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat dan kawasan sekitar pelbagai golongan agak baik untuk program dari awal pagi hingga ke petang,”katanya.

Mengulas lanjut Amir berkata, sumbangan boleh dibuat dengan memasukkan wang tunai ke Akaun Tabung Pembangunan SEG, Affin Islamic Bank, Nombor Akaun 106810012409. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya