Bimbang bawa mudarat - Rusdi Ramli elak dedah perihal rumah tangga - Utusan Malaysia

Bimbang bawa mudarat – Rusdi Ramli elak dedah perihal rumah tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli, memilih untuk tidak mencanang perihal rumah tangganya kerana bimbang menjadi buah mulut masyarakat.

Malah pelakon Tanda Putera itu, tidak bersetuju apabila hal dalaman keluarga seseorang artis itu dijadikan bahan untuk diperkatakan orang ramai hanya kerana mereka dianggap sebagai ‘milik masyarakat’.

“Kalau dahulu, kita diberitahu artis ini hak masyarakat. Sejak mula berkecimpung, saya tak pernah terima pandangan itu.

“Pada saya, kerja-kerja pelakon atau artis itu sahaja yang menjadi hak masyarakat. Hal peribadi tetap hak privasi dia. Tak adil sebab dia pun manusia kan.

“Katakanlah, seorang artikek, apabila bangunan yang dibina itu runtuh, tak ada pula orang bertanya siapa isteri dia?

“Jadi, kenapa tak buat kami begitu juga? Jadi, kalau hasil kerja kami buruk, hentamlah. Tapi, kalau hal peribadi, biarlah kami simpan. Kalau tiada itu (privasi), tak ada apa-apa lagilah yang kami miliki,” katanya.

Rusdi ditemui Utusan Malaysia semasa tayangan perdana dan sesi sidang media drama bersiri Framed.

Kata Rusdi lagi, bercerita mengenai situasi perkahwinan di media sosial lebih mendatangkan keburukan.

“Kadang-kadang, bila terlalu terbuka sampai cerita peribadi pun nak diberitahu, akhirnya dia bukan sahaja tak menguntungkan tapi memudaratkan banyak.

“Kenapa kita nak buat benda macam itu sedangkan kita boleh elak?” katanya.

Namun begitu, Rusdi bagaimanapun menghormati pilihan rakan artis yang selesa bercerita mengenai kehidupan peribadi masing-masing secara terbuka.

“Itu hak masing-masing. Sesetengah orang tak kisah. Kadang-kadang, mungkin mereka suka apabila cerita mereka keluar setiap hari. Kalau tidak, tak ada cerita. Pada saya, lebih baik saya diam daripada saya bercerita perakara yang tak ada.

“Hari ini, saya datang sebab drama ini. Kalau tidak, saya tak ada. Jadi, adalah sebab saya ada di khalayak sebegini, sebab kerja.

“Bahkan, saya tak akan hadir acara yang tidak membabitkan saya. Tak diundang kan. Berapa banyak festival filem yang saya tak dijemput dan saya tak ada di festival filem itu,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Rusdi membintangi drama bersiri Framed arahan Sein Qudsi. Drama yang mengangkat genre penyiasatan fantasi itu yang turut membariskan barisan pelakon antaranya Meerqeen, Mimi Lana, Sangeeta Krishnasamy, Riz Amin, Khir Rahman dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya