KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM9.26 juta daripada enam syarikat korporat di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini.
Penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Roni Abdulwahab dengan zakat berjumlah RM947,217.
Empayar Indera Sdn. Bhd. diwakili Pengurus Besar Empayar Indera Sdn. Bhd., Hasrin Abdul Rahman dengan zakat jumlah RM200,000.
Dalam majlis yang sama, Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Mohd Shafie Md Rejab dengan zakat perniagaan RM100,000.
Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad diwakili oleh Pengerusi Koperasi, Shamsuddin Yusof dengan bayaran berjumlah RM248,130.
Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Lembaga Tabung Haji yang diwakili Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman dengan jumlah RM7.47 juta
PINS Network Solutions Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Operasi, Adi Reza Abd Razak dengan bayaran sebanyak RM300,000. – UTUSAN











