KOTA KINABALU: Situasi kemarau di Sabah masih dalam keadaan terkawal biarpun sebuah daerah telah diisytiharkan sebagai kawasan bencana kemarau. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong berkata, keadaan kemarau di negeri ini masih terkawal dan belum sampai kepada tahap serius. “Walau bagaimanapun, kita perbanyakkan penghantaran air dan menyediakan tangki-tangki di setiap kampung yang terjejas,” katanya selepas majlis berbuka Petronas bersama pemegang taruh, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta…