MELAKA: Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk meneruskan percubaan menaik taraf teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau glow in the dark kerana ia tidak efektif. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, kajian mendapati garisan itu tidak berkesan dalam membantu penglihatan pengguna jalan raya susulan terdapat banyak sumber pencahayaan di sepanjang jalan. Kata beliau, garisan itu hanya berkesan di kawasan terlalu gelap tanpa kehadiran cahaya sekeliling. “Tiada langsung jalan di Melaka yang betul-betul gelap kerana hampir keseluruhan jalan mempunyai cahaya sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya