PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik individu yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok. Menurut sumber, kenderaan-kenderaan berkenaan terdiri daripada dua Lamborghini, masing-masing sebuah kereta jenis Lexus, Mercedes, BMW, Volvo dan dua kereta Toyota yang disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang. Operasi berkenaan dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, sejak Isnin lalu dengan kerjasama Lembaga…










