Sekali sudah curang, selamanya akan curang - Dr. Say - Utusan Malaysia

Sekali sudah curang, selamanya akan curang – Dr. Say

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh dan pengacara, Dr. Say Shazril menegaskan individu yang pernah melakukan perbuatan curang, akan mengulangi kesalahan yang sama di masa mendatang.

Dakwa Dr. Say atau Muhammad Shazril Shaharuddin, perbuatan menduakan pasangan adalah tabiat yang sukar diubah walaupun mereka sudah berjanji untuk tidak melakukan perbuatan itu.

“Sekali lagi kita dikejutkan dengan kisah suami curang kepada isteri dan ini bukan pertama kali dia curang.

“Jika seseorang itu pernah kantoi curang, percayalah dia akan buat lagi perkara itu sebab manusia susah nak berubah.

“Apa yang saya cakap ini mungkin boleh terkena kembali kepada diri saya sendiri. Nauzubillah, tapi itulah kenyataannya. Sekali curang, selamanya akan curang,” katanya menerusi sebuah video yang dibuat naik di aplikasi TikTok.

Tambah pemenang Pencipta Bahan Kandungan (Motivator) Tergempak, Anugerah Gempak Most Wanted 2023 itu lagi, sudah masanya isteri mencari jalan keluar dan mengutamakan kesejahteraan mental masing-masing.

“Kepada mereka yang hadapi perangai sebegini cukuplah berdiam diri menyembunyikan kesakitan yang anda hadapi.

“Bebaskan diri anda daripada siksaan mental dan emosi. Ingatlah, diri anda lebih penting daripada orang lain.

“Mungkin susah nak lakukannya sebab anak-anak. Tapi bukankah lagi sayu jika anak-anak tengok mak menangis seorang diri?,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan pelakon, Aliff Aziz dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

Difahamkan, kedua-duanya sedang menjalani penggambaran sebuah drama sebelum ditahan.

Aliff dikatakan berulang kali memasuki kediaman pelakon wanita berkenaan sebelum ini.

Sejak pagi tadi, Instagram Aliff dan Ruhainies di serang warganet.

Rata-rata terkejut dengan berita itu memandangkan peminat mengetahui keakraban pelakon Ruhainies dengan isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah.

Utusan Malaysia telah cuba mendapatkan respons empunya badan serta ahli keluarga mereka, namun tidak berhasil.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya