“Saya pernah berhenti belajar kerana masalah kewangan, keluarga sangat susah” - Utusan Malaysia

“Saya pernah berhenti belajar kerana masalah kewangan, keluarga sangat susah”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalau boleh saya tak nak ingat balik kesusahan yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu tapi saya bersyukur, pengalaman itu yang menjadikan diri saya sekarang.”

Demikian perkongsian seorang usahawan wanita yang juga usahawan Ainaa Paling Popular, Ezzah Nellysa yang enggan menoleh ke belakang dan optimis untuk terus memacu kehidupannya bersama usahawan Ainaa Beauty di bawahnya.

Kongsi anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu, kesusahan yang pernah dilaluinya menjadi pembakar semangat untuk berjaya.

“Dulu, saya pernah alami keadaan yang mana saya berada di bawah, tak ada duit, bagaimana orang berduit layan kami orang susah. Banyak yang pahit untuk diingat semula, tapi itu membuatkan saya kenal manusia bila berduit di macam mana.

“Situasi saya sekarang menjadikan saya tak nak jadi orang begitu. Kalau berduit, nampak orang susah, kita jangan jadi orang yang kejam.

“Pengalaman itu membuatkan saya nak mengangkat orang susah ni. Kalau dulu masa susah ramai yang lari, hilangkan diri, menilai. Kita susah, tapi sendirian,” katanya.

Tambah Ezzah, pencapaian terbaik yang dilakarnya apabila melihat wajah kedua-dua orang tuanya melihat Kaabah di hadapan mata ketika dibawa menunaikan umrah.

“Pencapaian paling hebat apabila saya dapat bawa mama dan papa tengok Kaabah, momen itu Allah jemput asbab saya bersama Ainaa Beauty.

“Saya dahulunya berhenti belajar dan memandangkan saya anak pertama, sayalah harapan keluarga. Saya terpaksa berhenti sebab waktu tu masalah kewangan, sangat susah.

“Alhamdulillah, Allah izinkan untuk saya berkongsi dengan mama dan papa. Tengok reaksi mereka itulah pencapaian terbaik sebagai seorang anak dan usahawan,” ujarnya.

Kongsinya lagi, dia bermual hanya sebagai seorang suri rumah yang ketika itu sedang berpantang namun mempunyai iltizam untuk menambah pendapatan keluarga.

“Tujuh tahun lalu, saya merupakan seorang suri rumah yang baru habis pantang, tak ada pendapatan atau gaji pun waktu tu, saya bermula daripada titik itu.

“Kalau dulu saya hanya bekerja dengan suami, sekarang saya boleh sediakan pejabat selesa untuk usahawan belajar dan sudah ada kakitangan sendiri,” tambahnya.

Namun dalam masa sama, akui Ezzah, menjadi ibu dan usahawan dalam tempoh sama menghadkan waktunya bersama keluarga terutama anak-anaknya.

“Cabaran terbesar sebagai ibu apabila terpaksa korbankan masa bersama anak-anak.

“Banyak momen-momen penting mereka yang saya tak dapat hadir misalnya hari jadi pertama anak ketiga saya dan konvokesyen anak sulung saya yang berusia enam tahun.

“Tapi saya bukan nak merungut, cuma saya nak semua tahu setiap kejayaan perlukan pengorbanan,” tegasnya.

Sebelum ini, AINAA Super Seven Awards telah menobatkan Ezzah Nellysa sebagai Usahawan AINAA Paling Popular sekali gus membawa pulang trofi kemenangan kategori utama.

Selain dari trofi, Ezzah juga turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta sebuah Perodua Axia bernilai RM40,000 dan pakej mengerjakan umrah untuk 2 orang bernilai RM20,000 sebagai insentif dari AINAA kerana telah berjaya mencapai hasil jualan tinggi pada tahun 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya