Na'im mohon penghakiman ingkar terhadap Papagomo

Saman fitnah: Na’im akan mohon penghakiman ingkar terhadap Papagomo

KOMPLEKS Mahkamah Kuala Lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar akan memfailkan permohonan agar satu penghakiman ingkar dikenakan terhadap Papagomo berhubung saman fitnah difailkan beliau.

Ia selepas Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris masih gagal memasukkan kehadiran walaupun saman terhadapnya difailkan sejak 19 Oktober 2023.

Penghakiman ingkar adalah satu perintah dikeluarkan oleh mahkamah bagi mengesahkan tuntutan yang dibuat oleh plaintif selepas defendan (individu yang disaman) gagal memasukkan kehadiran atau memfailkan pembelaan mengikut masa ditetapkan.

Menurut peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader permohonan penghakiman ingkar itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan mahkamah menetapkan 27 Mac ini untuk pengurusan kes.

Pada 19 Oktober 2023, Mohd Na’im selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu dengan menamakan Papagomo sebagai defendan tunggal.

Blogger terbabit, pada 18 September 2023 didakwa telah memuat naik satu video berdurasi enam minit 41 saat diambil daripada akaun “Tiktok “@nurhafizulbadrulhisham” ke Facebook miliknya, Sir Azri dengan kapsyen berbaur fitnah yang didakwa merujuk kepada Mohd. Na’im.

Video tersebut merupakan msatu video reaksi (reaction) oleh individu bernama Nurhafizul Badrul Hisham terhadap satu ulasan yang berkenaan tindakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How.

Kapsyen berbaur fitnah tersebut antara lain telah menggambarkan Mohd. Na’im mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual adalah seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu yang beragama Islam di negara ini.

Ia juga menggambarkan plaintif bahawa beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam.

Kenyataan berbaur fitnah itu juga telah menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status dirinya di mata masyarakat umum. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×