NILAI: Persiapan dan latihan berstruktur lebih awal yang dilaksanakan oleh Pusat Tamhidi (Asasi), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Sukan USIM untuk atlet ke Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2024 berjaya meraih pencapaian membanggakan. Berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah dari 1 hingga 3 Mac lalu, kontinjen USIM yang disertai 132 atlet dan 23 pegawai pengiring bertanding dalam 10 acara dalam edisi kali ini. USIM berjaya membawa…