INDUSTRI drama dan perfileman tempatan menyaksikan penglibatan jaguh-jaguh sukan yang cenderung dalam bidang lakonan. Selain bekas atlet bina badan, Datuk Malek Noor, turut menjadi pelakon ialah bekas pesilat kebangsaan, Ruzaidi Abdul Rahman yang turut dikenali sebagai Wak Zaidi. Sebagai ‘orang lama’, pengalaman Ruzaidi dalam bidang lakonan ibarat peribahasa lama hidup banyak dirasa. Anak jati Klang, Selangor ini sehingga kini telah melakonkan lebih 24 filem, 14 drama dan lapan telefilem. Minat…