Risteena pula tunjuk bukti, bukan 3 pagi tetapi 11 malam - Utusan Malaysia

Risteena pula tunjuk bukti, bukan 3 pagi tetapi 11 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kakak kepada Ruhainies yang juga pelakon, Risteena tampil memaparkan bukti dia sekadar terlewat setengah jam sebelum adiknya dikatakan ditangkap khalwat bersama aktor, Aliff Aziz sekitar pukul 11 malam.

Jelas Risteena, mereka sudah berjanji untuk makan malam bersama keluarga selepas Ruhainies selesai penggambaran tetapi disebabkan kesesakan trafik dia tiba di kondominium terbabit pada pukul 11.30 malam.

“Memang betul saya sepatutnya berada di sana tetapi terlambat atas komitmen kerja dan kesesakan jalan raya. Saya sampai di rumah Ruhainies pukul 11.30 malam. Isu 3 pagi Jawi datang rumah adalah tidak benar.

“Khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan juga Aliff sedar tentang khilaf mereka. Siapa kita untuk menghukum mereka.

“Kebetulan malam itu saya rancang ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk,” ujarnya.

Risteena berkongsi kronologi sebenar yang berlaku menerusi Instagram Story selepas adik dan Aliff turut memuat naik kenyataan rasmi berhubung serbuan dilakukan penguatkuasa Jawi pada 8 Mac lalu.

Pelakon Playboy Itu Suami Aku tersebut turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan Ruhainies yang merancang untuk makan malam bersama sekitar pukul 10.49 malam Jumaat lalu.

Dalam perbualan itu, pukul 7.21 malam, Ruhainies bertanyakan sama ada Risteena akan bermalam di rumahnya atau tidak.

Manakala, adiknya juga bertanyakan tentang waktu penggambaran selesai selan bertanya siapa yang akan mengambil alih tugas memasak pada malam tersebut.

Paparan perbualan itu sekali gus menjadi bukti kenyataan bersama yang dilakukan Ruhainies dan Aliff yang mengatakan tindakan membawa Aliff masuk ke dalam rumah adalah bagi menunggu kedatangan ahli keluarganya untuk makan malam beramai-ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN