ISKANDAR PUTERI: Seorang remaja perempuan maut digilis lori dalam kejadian di Kilometer 33 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, dekat sini semalam. Kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang, dan mangsa dikenal pasti sebagai A. Stela berusia 19 tahun, beralamat di Taman Sri Pulai, Skudai, di sini. Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pembonceng motosikal Yamaha 135C ditunggang rakan perempuannya. “Kemalangan berlaku apabila motosikal dari arah Gelang Patah, melanggar tayar kiri belakang lori berkenaan ketika belok ke kiri. “Pelanggaran mengakibatkan penunggang dan pembonceng terjatuh.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya