Penunggang motosikal maut digilis lori ketika konvoi - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut digilis lori ketika konvoi

KEADAAN motosikal mangsa yang maut digilis lori dalam kejadian di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah di kepala selepas digilis lori dalam kejadian di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Nor Jen, 47.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha MZ150 dikatakan sedang berkonvoi ke Cameron Highlands bersama kira-kira 40 motosikal lain.

Dalam nahas itu, rakan mangsa berusia 50 tahun yang menunggang motosikal di belakang mangsa cedera ringan selepas terbabas ketika cuba mengelak mangsa.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mohd. Sapri Yeop Mohamad berkata, maklumat kemalangan itu diterima pada pukul 1.49 petang.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku nahas membabitkan sebuah lori 10 tan tanpa muatan dan dua buah motosikal.

“Operasi mengeluarkan mangsa dari bawah lori dijalankan menggunakan peralatan khas. Mangsa yang parah disahkan maut di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada pukul 3.19 petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya