Dua penunggang motosikal maut digilis lori - Utusan Malaysia

Dua penunggang motosikal maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Dua pekerja sebuah syarikat  swasta maut digilis  lori dalam kejadian di Kilometer 3.4 Lebuh Raya Selat Klang Utara menghala ke Bandar Sultan Suleiman di sini malam tadi.

Kemalangan pukul 9 malam itu mengakibatkan dua mangsa  lelaki berusia 41 dan 18 tahun yang menunggang sebuah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, nahas dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa didakwa  mengubah haluan memasuki laluan lori yang dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Lori itu bagaimanapun tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal tersebut menyebabkan kedua-dua mangs digilis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang manakala pemandu lori itu  tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan  pukul 9.13 malam.

“Pemeriksaan mendapati salah seorang mangsa tersepit di bawah lori dan kita berjaya mengeluarkannya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya