PUTRAJAYA: Rayuan akhir seorang pemuda berusia 22 tahun yang disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian kebakaran, tujuh tahun lalu, akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan esok. Pemuda itu (penama pertama) merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang mengekalkan perintah agar dia ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Difahamkan, pihak pendakwaan tidak memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan seorang lagi…