PUTRAJAYA: Program Residensi Rakyat (PRR) diharap dapat mengubah stigma Program Perumahan Rakyat (PPR) yang sebelum ini dilabelkan sebagai kediaman miskin. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, buat masa ini, model PRR itu masih di peringkat cadangan dan perbincangan pihaknya. Beliau berkata, secara dasarnya, beliau mahu PRR itu menjadi kediaman berdaya huni, selamat dan selesa bagi golongan B40. “PRR adalah susulan kepada facelift model daripada PPR sebelum ini…










