KUALA TERENGGANU: Program Pelita Raya Terengganu (Peliter) berpotensi diangkat sebagai salah satu tarikan untuk dimasukkan dalam kalendar pelancongan negara. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, Peliter merupakan pertunjukan tradisi dan warisan generasi terdahulu memeriahkan sambutan Ramadan dan musim perayaan untuk tatapan orang ramai. Menurutnya, pelbagai penambahbaikan akan dibuat sekiranya usaha mengangkat nilai program berkenaan ke peringkat lebih tinggi antaranya membuka penyertaan dari…