Polis tahan suami isteri, rampas  12,000 pil yaba  - Utusan Malaysia

Polis tahan suami isteri, rampas  12,000 pil yaba 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis merampas 12,000 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM70,000 selepas menahan sepasang suami isteri dalam serbuan di Kampung Kedai Lalat, Sering di sini, Rabu lalu.

Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia  31 dan 29 tahun itu ditahan pada pukul 9.45 malam semasa berada di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, semasa serbuan dijalankan, polis merampas beg yang digalas oleh salah seorang suspek. 

“Pemeriksaan lanjut di dalam beg yang dirampas  menjumpai 12,000 biji pil disyaki dadah pil yaba yang dianggarkan bernilai RM70,400.

“Selain itu, kita merampas dan menyita dua motosikal Yamaha jenis Y15 dan sebuah kereta Perodua MyVi,” katanya di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek negatif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek ditahan reman seminggu bermula 14 Mac lalu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN