Pesta buka puasa di Maeps - Utusan Malaysia

Pesta buka puasa di Maeps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAHA Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar kerana mampu menampung 2,500 pengunjung pada satu-satu masa. 

Dua restoran popular, Mak Kimbong dan Experiment Kitchen, ‘bergabung’ dalam menyajikan lebih 200 menu masakan tempatan dan barat. 

Pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim Yahaya berkata, pihaknya menyasarkan  kehadiran 54,000 pengunjung sepanjang acara berbuka puasa. 

Jelasnya, sasaran itu diyakini mampu dicapai selepas jumlah kehadiran direkodkan sebanyak 27,000 pengunjung tahun sebelumnya. 

“Tahun 2023 merupakan percubaan pertama kali kita anjurkan bufet sebegini. Ada rintangan dan dugaan, namun berjaya diharungi. 

“Dengan kekuatan 100 staf termasuk pekerja separuh masa, kita berharap ia akan lebih berjaya dan bertambah meriah,” katanya semasa sidang akhbar di Restoran Mak Kimbong, baru-baru ini. 

MAHA Buffet akan berlangsung pada 14 Mac hingga 8 April depan di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang. 

Lebih menarik, buat pertama kalinya, pihak penganjur melantik selebriti, Karl Shafek sebagai duta MAHA Buffet yang begitu sinonim dalam bidang masakan. 

Pengunjung bebas memilih makanan menerusi 20 gerai masakan secara live cooking dan merasa air tangan selebriti itu. 

“Karl Shafek akan menyediakan 10 menu istimewanya sepanjang acara berlangsung. Ini juga peluang untuk peminat merasai air tangan artis kesayangan mereka,” katanya. 

RUANG ANAK BERMAIN 

Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil usah bimbang, kerana terdapat ruang khas, Kids Playland untuk mereka bermain. 

Pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin Abdul Rahman berkata, pihaknya sangat mementingkan keselesaan pelanggan dan mahu pengunjung menikmati makanan dengan tenang. 

“Ruang dewan yang cukup besar akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain seperti ruang permainan gergasi untuk kanak-kanak, ruang solat jemaah yang luas dan stesen permainan untuk remaja. 

“Selain itu, terdapat gerai beli-belah kelengkapan raya di Bazar Gadis serta Kios Foto dengan kamera 360 yang boleh merakam momen terindah,” katanya. 

Berkonsepkan street food di bawah satu bumbung, pesta makanan ini bermula dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. 

Acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah yang diadakan setiap minggu dan pengunjung berpeluang memenangi pakej umrah, kereta serta barangan elektrik.   

Orang ramai berpeluang merasai pengalaman potong rambut secara percuma dan henna di pesta makanan tersebut. 

HARGA BERPATUTAN

Berbanding bufet lain, harga yang ditawarkan oleh MAHA Bufet amat berdaya saing dan bersesuaian dengan seleksi makanan yang disediakan.

Tidak mustahil sasaran pengunjung yang diharapkan mampu dicapai kerana ruang tempat letak kereta juga disediakan secara percuma. 

Gabungan dua restoran ini cukup terkenal dalam masakan Melayu dan hidangan barat. 

Bagi mereka yang datang berkeluarga, ini adalah lokasi paling tepat untuk anda menjamu selera sambil anak-anak dapat bermain.   

Nama promosi: MAHA Buffet 2024 

Tarikh: 14 Mac hingga 8 April 

Waktu Operasi: 6.30 petang hingga 9.30 malam 

Harga: RM89.90 (dewasa) dan RM49.90 (kanak-kanak) 

10 menu mesti cuba: 

  1. Sotong Bakar Mak Kimbong
  2. ⁠Ayam beranak panggang
  3. ⁠Nasi beriani
  4. ⁠Ayam Masak Merah Kenduri
  5. Daging Salai Masak Lemak Rebung
  6. Nasi dan Mee Goreng Lambak
  7. Kambing Bakar Experiment Kitchen
  8. Aneka Pasta 
  9. Pelbagai jenis Ramen ( Makanan Korea )
  10. Kuih-muih Melayu
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×