Pertandingan rekabentuk: 200 peserta dijangka bersaing

Pertandingan rekabentuk: 200 peserta dijangka bersaing

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hanafi Sakri bersama Pengerusi MRM, Junady Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan SWCorp, Ahmad Husaini Abdul Rahman bersama penerima Sijil CiDe pada Majlis Pelancaran Rekabentuk ‘From Waste To Wealth Innovation 2024’, kelmarin. – UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHERAS: Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp Malaysia) melancarkan Pertandingan Rekabentuk from Waste to Wealth Innovation 2024 dan Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe).

Pertandingan ini merupakan kolaborasi MRM bersama rakan strategik SWCorp bagi menggalakkan penyertaan berasaskan bahan-bahan terbuang.

Pengarah Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Husaini Ismail berkata, pertandingan yang dianjurkan tahun ini bertemakan ‘Eko Perabot’.

“Kita menjangkakan peserta yang menyertai pertandingan ini seramai 200 orang yang terdiri daripada industri dan juga komuniti yang bermula pada hari ini sehingga bulan Mei 2024.

“Tema ini dipilih berdasarkan inisiatif daripada Environmental Social Governance (I-ESG) tetapi memfokuskan kepada reka bentuk khususnya dalam menyelesaikan masalah,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Menurut beliau, tema tersebut diangkat bagi memastikan peserta pertandingan menghasilkan produk berinovasi tinggi, menepati elemen ekonomi kitaran melalui bahan kitar semula atau terbuang.

Katanya, kali pertama pertandingan ini diadakan pada tahun 2023 dengan membawa tema ‘Aliran Fesyen Lestari’ memandangkan kepesatan pengeluaran produk dalam industri fesyen serta rekaan fesyen yang baharu dan terkini.

Pada majlis sama, MRM turut menyampaikan Certified Industrial Designer (CIDE) kepada 19 penerima yang banyak memberi sumbangan dan khidmat bakti khususnya dalam industri reka bentuk.

Kumpulan ini merupakan pakar reka bentuk negara yang akan menjadi pakar rujuk kepada industri.

Pengerusi Jawatankuasa CIDE, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ahmad Zainuddin berkata, MRM nekad memenuhi setiap kriteria yang telah digariskan dalam lima teras strategik.

“Jumlah pereka yang berdaftar dengan MRM ketika ini seramai 3,644 orang serta tenaga pakar CIDE yang kini seramai 31 orang.

“MRM yakin akan dapat menerajui industri ini ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN