IPOH: Perak belum sempurna biarpun merakam kemenangan 3-0 ke atas Geylang United FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pertama di Stadium Perak, semalam. Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah berkata, masih banyak ruang untuk pembaharuan dalam pasukan The Bos Gaurus. “Kemenangan dengan tiga gol serta tidak dibolosi sudah tentu meningkatkan keyakinan pemain. “Namun masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Ini satu permulaan baik dan saya berharap pemain akan meneruskan rentak dalam perlawanan…