IPOH: Perak besar kemungkinan tidak menyertai acara bola sepak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) XXI di Kuching pada Ogos depan. Ini kerana pasukan Kejor Yob Kejor tidak berupaya membuat persiapan pasukan, gara-gara kurangnya tajaan dan sokongan kewangan daripada pihak kerajaan negeri. Masalah itu didedahkan oleh Pengarah Pembangunan Belia Perak FC, Neow Choo Seong dalam satu pertemuan dengan Utusan Malaysia baru-baru ini. Menurut Choo Seong, Perak FC hanya diberi peruntukkan RM50,000…










