PETALING JAYA: Peningkatan kadar dividen simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan meningkatkan keyakinan pelabur khususnya umat Islam terhadap kewangan Islam, menurut pakar kewangan. Penasihat Syariah Kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berpandangan, keyakinan orang ramai terhadap prestasi kewangan Islam telah meningkat, namun masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Katanya, senario itu dapat dilihat apabila masih ramai pencarum beragama Islam belum berpindah daripada simpanan konvensional kepada simpanan syariah. “Orang Islam dalam KWSP konvensional masih lebih 60 hingga 70 peratus. Jadi, selagi peratusan penyimpan muslim di simpanan konvensional tidak menurun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya