ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan seorang pengarah sebuah agensi penguat kuasa di sebuah negeri kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu. Suspek berusia lingkungan 40-an dipercayai bersekongkol dengan empat suspek yang ditahan semalam kerana membuat tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18 juta. “Suspek ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberikan keterangan,” kata sumber di…










